Monday 17 September 2012


Assalamualaikum, bertemu lagi kita di dalam post terbaru di dalam ruangan Kesihatan@ZL. Dalam topik kali ini ZL ingin berkongsi beberapa tips ataupun panduan latihan membina otot dada yang efektif. ZL yakin ramai lelaki diluar sana berminat untuk membina otot di bahagian dada untuk kelihatan lebih tegap.
Sebelum kita mulakan ZL ingin nasihatkan anda bahawa dalam latihan bebanan tidak memadai untuk melatih satu bahagian sahaja. Anda perlulah buat latihan pada kesemua bahagian dibadan anda agar ia seimbang. Ramai orang yang rajin buat latihan bebanan tetapi cuma pada “upper body” (badan bahagian atas) sahaja, “lower body” (badan bahagian bawah) di biarkan. Ini akan menyebabkan kaki anda kurus dan kelihatan pelik shingga anda mendapat gelaran “chicken leg”! Anda tentu tak mahu ia terjadi kan?
Jika anda baru pertama kali melakukan latihan bebanan, digalakkan untuk anda mempunyai seorang rakan yang boleh membantu anda “spotting”, yang bertindak membantu anda sepanjang menurunkan atau mengangkat beban. Jangan lupa untuk warming up dahulu sebelum melakukan latihan bagi mengelakkan kecerderaan. Untuk melakukan latihan-latihan ini anda perlukan kekuda (bench), sebuah bar panjang dan dua biji dumbell yang mempunyai berat yang sesuai dengan tahap anda.
Baiklah, tanpa membuang masa mari kita mulakan dengan 7 latihan bebanan yang efektif untuk membina otot dada yang anda perlu cuba.

1.BenchPress

Bench press merupakan latihan bebanan utama yang harus dilakukan oleh setiap individu yang ingin melatih otot dada. Ia bukan sahaja baik untuk melatih otot dada malah turut meransang otot lain seperti bahu dan triceps kerana ia bersifat compound. Compound disini bermaksud ia melatih lebih dari satu sendi dan otot. Latihan bench press lebih kepada untuk meningkatkan ketebalan otot dada.
Pergerakan: Turunkan bar perlahan-lahan sehingga paras dada. Berhenti sebentar dan tolak bar keatas semula. Ulang sebanyak 8 hingga 12 kali (repetition).
Variasi: Anda juga boleh menggunakan dumbell dalam latihan ini dan anda boleh mengawal gradien kekuda (bench). Tinggikan kekuda 45% untuk melatih bahagian atas dada (incline bench press) atau turunkan -45% untuk melatih bahagian bawah dada (decline bench press).
Penting:
  • Jangan “lock” siku anda ketika anda menolak beban. Bermakna jangan rehatkan beban diatas sikut tetapi bengkokkan sedikit siku dan gunakan otot untuk support beban tersebut.
  • Jangan melengkungkan badan ketika menolak beban. Kurangkan berat beban jika anda dapati badan anda melengkung dengan sendiri ketika mengangkat beban. Ini mungkin kerana beban tersebut terlalu berat.

2.DumbellFlys

Dumbell flys mendapat namanya kerana pergerakkannya seperti anda sedang mengepakkan sayap. Ia dapat melatih dan meransang otot dada anda dengan lebih fokus. Latihan ini membolehkan kita merasai tekanan yang dihasilkan pada otot dada. Jika bench press membantu anda meningkatkan ketebalan otot, fly pula boleh membantu anda menambah kelebaran otot dada.
Pergerakan: Mulakan dengan menurunkan dumbell di sisi anda. Dengan perlahan gerakkan tangan anda seperti anda sedang ingin memeluk sebuah pokok yang besar dalam gerakan bulatan (circular). Pastikan sendi di siku anda di “lock”. Ulang semula 8 hingga 12 kali.
Variasi: Anda juga boleh menggunakan gradien yang berbeza dalam latihan ini sama ada incline ataupun decline (kekuda dijatuhkan atau dinaikkan 45%). Jika anda membuat latihan ini di gym anda juga boleh gunakan cable.
Penting:
  • Pastikan tangan anda hampir lurus ketika melakukan latihan ini.
  • Jangan lagakan dumbell ketika ia bertemu dalam latihan ini. Ini kerana ia boleh memberi implikasi buruk dalam jangka masa panjang.
  • Pastikan badan anda rata (flat) di atas kekuda.

3.DumbbellBentArmPullover

Dumbell bent arm pullover juga merupakan satu lagi contoh compound exercise yang melatih banyak otot dalam satu latihan. Ia bertindak melatih otot anda di bahagian dada, bahu dan juga lats (belakang/kepak). Ia sangat efektif dan harus anda masukkan di dalam latihan anda.
Pergerakan: Mulakan berbaring di atas kekuda. Angkat sebuah dumbell di atas anda menggunakan dua belah tangan. Turunkan perlahan-lahan ke belakang dan angkat semula ke posisi asal. Ulang langkah ini 8-12 kali.
Variasi: Anda juga boleh gunakan cable ataupun ez bar (bar yang melengkung) dalam latihan ini.
Penting:
  • Jangan guna dumbell yang terlalu berat ataupun yang longgar/rosak. Ini kerana ia boleh jatuh menimpa muka anda!
  • Sekali lagi jangan melengkungkan badan.

4.Dips

Latihan ini baik jika anda tidak mempunyai peralatan yang mencukupi. Anda boleh melakukan dips pada mana-mana kerusi ataupun kekuda jika anda tidak mempunyai dip station. Dips merupakan satu latihan yang menggunakan berat badan anda sebagai beban dan baik untuk melatih bahagian bawah otot dada dan triceps anda.
Pergerakan: Gunakan tangan anda untuk bergantung pada dip station atau kerusi untuk menyokong badan anda. Turunkan badan anda perlahan-lahan menggunakan tangan dan tolak semula badan anda ketas. Ulang 8-12 kali.
Variasi: Jika anda tidak mampu untuk mengangkat badan anda sendiri anda boleh bergantung pada kerusi kerusi dan letakkan kaki anda di atas lantai untuk membantu menyokong berat badan anda. Jika latihan ini terlalu mudah untuk anda, gunakan dumbell dan gantungkan pada kaki anda untuk menambah beban.
Penting:
  • Jangan lock tangan anda ketika menolak badan anda keatas.
  • Seeloknya dapatkan bantuan rakan jika anda pertama kali melakukan latihan ini.
  • Lakukan pergerakkan yang lancar dan terkawal. Jangan terlalu laju.

5.Push-up

Push-up atau dikenali sebagai “pumping” merupakan satu latihan yang simple tetapi sangat efektif dalam membantu membina otot dada lebih-lebih lagi jika anda lakukannya sebagai penyudah sesi latihan anda, setelah anda selesai melakukan kesemua latihan diatas. Dengan ini anda dapat memaksa otot anda dengan lebih kuat lagi. Push up juga merupakan satu latihan yang menggunakan berat badan sebagai beban seperti dips.
Pergerakan: Meniarap di lantai dan gunakan kedua belah tangan dan kaki untuk menyokong badan anda. Turunkan badan anda perlahan-lahan dan tolak semula keatas dalam satu pergerakan yang lancar.
Variasi: Anda boleh gunakan lutut untuk menyokong bahagian bawah badan anda untuk mengurangkan berat beban dalam latihan ini. Anda juga boleh variasikan jarak depaan tangan anda.
Penting:
  • Jangan lock tangan anda ketika di posisi atas.
  • Pastikan badan anda tegak.
Itu dia 5 latihan yang terbukti efektif dalam melatih otot dada. ZL sendiri mengamalkan latihan ini dan berjaya membina otot dada dengan baik. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat ZL harap anda dapat berkongsi dengan rakan-rakan

Sama ada anda tahu ataupun tidak sebenarnya lelaki sangat conscious tentang berat badan. Jangan terkejut kadang-kadang sifat ini lebih dari perempuan. Lelaki tidak mahu di label sebagai “kepeng”, dan menjadi orang paling kecil dikalangan rakan-rakan sememangnya tidak membantu. Dalam fikiran kami at least biarlah ada isi dan otot sikit. Baru nampak macho!
ZL yakin ramai lelaki di luar sana tercari-cari cara menambahkan berat badan. Jangan risau, dalam artikel kali ini ZL nak kongsi sedikit info tentang cara menambah berat badan. Sebenarnya tidak susah pun. Formulanya senang sahaja. Tapi sebelum ZL mula ceritakan cara menambah berat badan, ZL nakexplain kenapa sesetengah orang senang sahaja naik berat badan dan sebaliknya.

KenapaSenang@SusahMenambahBeratBadan?

Kenapa ada orang yang makan sedikit tetapi berat badan mereka cepat naik, dan mengapa ada yang sukar menambah berat badan? Makan berpinggan-pinggan nasi sehari pun masih kurus kering? Baiklah, biar ZL jawab. Ini kerana manusia mempunyai jenis badan yang berbeza yang dipengaruhi faktor genetik. Manusia boleh dikategorikan kepada tiga jenis badan iaitu:
  • Ectomorph
Jika anda mempunyai jenis badan ectomorph anda akan dapati sangat sukar bagi anda untuk menambah berat badan. Makan berpinggan nasi sehari tetap tidak gemuk. Mereka yang mempunyai bentuk badan ectomorph kurus dan sukar untuk meningkatkan saiz otot. Mereka selalunya berdada leper. Contoh artis yang berbadan ectomorph adalah seperti Nabil, Yasin dan Mazlan Pet Pet.
  • Mesomorph
Mesomorph pula berlainan dengan ectomorph dimana mereka yang mempunyai jenis tubuh mesomorph mempunyai badan yang berotot secara semula jadi. Mereka kelihatan lebih athletic dan mempunyai badan yang tegap. Golongan ini lebih cepat mengumpul lemak berbanding ectomorph. Selalunya mesomorph ini mempunyai badan berbentuk V. Contoh artis yang berbadan mesomorph adalah seperti Arnold dan Stallone.
  • Endomorph
Jika mesomorph merupakan seoarang yang berotot, endomorph pula berlainan. Bentuk tubuh ini selalunya kelihatan chubby dan berlemak. Golongan ini juga mempunyai bentuk muka yang lebar dan lebih mudah mengumpul lemak berbanding mesomorph. Makan sedikit sahaja sudah cukup untuk menaikkan berat badan mereka. Contoh artis yang berbadan endomorph adalah seperti Afdlin Shauki dan Jack Black.

BagaimanaCaraMenambahBeratBadan?

Saya yakin jika anda sedang membaca artikel ini kemungkinan besar anda bertubuh ectomorph dan anda ingin mencari cara menambah berat badan. Jika anda bertubuh ectomorph jangan risau. Anda boleh menjadi berotot jika anda tahu caranya. Brad Pitt juga seorang yang bertubuh ectomoprh sebelum ini. Tetapi dengan latihan dan diet yang betul dia dapat menambah berat badan dengan cepat. Berikut merupakan cara yang ZL syorkan untuk menambah berat badan.
  • Kalori masuk vs kalori yang dibakar
Jika anda ingin menambah berat badan dan membina otot anda haruslah mengambil jumlah kalori yang lebih tinggi dalam diet harian anda. Ini kerana otot dibina melalui lebihan kalori. Apabila tubuh anda membakar lebih banyak kalori dari apa yang anda makan maka badan anda tidak dapat menyimpan kalori untuk tujuan tersebut. Ini membuatkan anda sukar menambah berat badan.
Jika selama ini anda makan banyak tetapi tidak bertambah berat badan, ini adalah kerana badan anda membakar terlalu banyak kalori. Ini bermakna aktiviti harian anda memerlukan penggunaan kalori yang tinggi. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan meningkatkan lagi jumlah pengambilan kalori harian anda.
  • Tingkatkan pengambilan makanan berkalori tinggi
ZL mencadangkan anda untuk makan makanan yang memberi kalori yang tinggi dengan lebih kerap. Makanan berkalori tinggi adalah seperti nasi, pasta (sphagetti dan macaroni), kekacang (atau peanut butter) dan susu. Kurangkan memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti mi segera dan snek yang memberikan “junk calorie“.
  • Tingkatkan pengambilan protin
Protin dapat membantu meningkatkan saiz otot anda. Kekurangan protin membuatkan tubuh anda “mencuri” protin dari tisu otot membuatkan ia semakin mengecil. Jangan abaikan protin dalam diet harian anda. ZL mencadangkan agar anda mengambil sekurang-kurangnya 1.2 gram protin untuk setiap kg berat badan anda. Bermakna jika berat anda 40 kg anda kalikan dengan 1.2 bersamaan dengan 48 gram protin. Anda boleh dapatkan sumber protin dari ayam, ikan, telur, daging dan susu.
  • Lakukan aktiviti senaman bebanan
Ingat, tujuan anda tambah berat badan bukanlah untuk menjadi chubby dan berlemak. Tujuan anda menaikkan berat badan adalah untuk meningkatkan saiz otot anda. Maka apa yang ZL cadangkan adalah, disamping pengambilan kalori yang tinggi, anda juga haruslah lakukan latihan bebanan. Lakukan latihan bebanan yang bersifat compound iaitu latihan yang melatih banyak otot dalam satu pergerakan. Contohnya seperti squat, bench press, deadlift dan pull up.
Di harap artikel ini dapat membantu pembaca ZL yang selama ini tercari-cari cara menambah berat badan. Jika anda sukakan artikel ini sila share dengan rakan-rakan melalui butang dibawah. Berikan juga komen atau sebarang persoalan anda mengenai artikel ini di ruangan komen dibawah.



<kujofenz> peace



Wednesday 7 December 2011

Sejarah perkembangan komputer dari awal hingga kini..

Sejarah Perkembangan Komputer Sebelum tahun 1940 bermula sejak dahulu kala dimana proses pengolahan data telah dilakukan oleh manusia. Manusia juga menemukan alat-alat mekanik dan elektronik untuk membantu manusia dalam penghitungan dan pengolahan data supaya dapat mendapatkan hasil lebih cepat. Komputer yang kita temui kini adalah suatu evolusi panjang dari penemuan-penemuan manusia sejak dahulu kala berupa alat mekanik mahupun elektronik.
Saat ini, komputer dan peranti sokongannya telah dimasukkan dalam setiap aspek kehidupan dan pekerjaan yang lebih dari sekadar perkiraan matematik biasa. Di antaranya adalah sistem komputer di pasar raya yang mampu membaca kod barang belanjaan, pusat telefon yang menangani jutaan panggilan dan komunikasi, serta jaringan komputer dan internet yang menghubungkan berbagai tempat di dunia. 
Komputer ada 4 golongan iaitu:
1. Peralatan manual: Iaitu peralatan pengolahan data yang sangat sederhana, dan faktor terpenting dalam pemakaian alat adalah menggunakan tenaga tangan manusia
2. Peralatan Mekanik: Iaitu peralatan yang sudah berbentuk mekanik yang digerakkan dengan tangan secara manual
3. Peralatan Mekanik Elektronik: Peralatan mekanik yang digerakkan oleh secara automatik oleh motor elektronik
4. Peralatan Elektronik: Peralatan yang bekerja secara elektronik penuh.

Beberapa peralatan yang telah digunakan sebagai alat pengiraan sebelum munculnya komputer :
1. Abacus
Muncul sekitar 5000 tahun yang lalu di Asia kecil dan masih digunakan di beberapa tempat hingga saat ini, dapat dianggap sebagai permulaan awal mesin komputer. Alat ini memungkinkan penggunanya untuk melakukan pengiraan menggunakan biji-bijian geser yang diatur pada sebuah rak. Para pedagang di masa itu menggunakan abacus untuk mengira transaksi perdagangan. 
2. Kalkulator roda numerik (numerical wheel calculator)
Setelah hampir 12 abad, muncul penemuan lain berkenaan komputer. Pada tahun 1642, Blaise Pascal (1623-1662), yang pada waktu itu berumur 18 tahun, menemui kalkulator roda numerik (numerical wheel calculator) untuk membantu ayahnya melakukan pengiraan pajak.

Kotak persegi kuningan ini yang dinamakan Pascaline, menggunakan lapan roda bergerigi untuk menjumlahkan bilangan hingga digit kelapan. Alat ini merupakan alat pengiraan bilangan berasas sepuluh. Kelemahan alat ini adalah terbatas untuk melakukan pengiraan.
3. Kalkulator roda numerik 2 Tahun 1694, seorang pakar matematik dan filsuf Jerman, Gottfred Wilhem von Leibniz (1646-1716) memperbaiki Pascaline dengan membuat mesin yang dapat mengendalikan kalkulator roda ini. Sama seperti sebelumnya, alat mekanik ini bekerja dengan menggunakan roda-roda gerigi. Dengan mempelajari catatan dan gambar-gambar yang dibuat oleh Pascal, Leibniz dapat menyempurnakan alatnya.
4. Kalkulator Mekanik Charles Xavier Thomas de Colmar menemui mesin yang dapat melakukan empat fungsi aritmatik dasar. Kalkulator mekanik Colmar, arithometer, menunjukkan pendekatan yang lebih praktikal dalam kalkulasi kerana alat tersebut dapat melakukan pengiraan tambah, tolak, darab dan bahagi. Dengan kemampuannya, arithmeter banyak digunakan hingga Perang Dunia I. Bersama-sama dengan Pascal dan Leibniz, Colmar membantu membangunkan era komputer secara mekanikal. Permulaan awal komputer yang sebenarnya dibentuk oleh seorang professor matematik Inggeris iaitu Charles Babbage (1791-1871). Tahun 1812, Babbage memerhatikan kesesuaian alam antara mesin mekanik dan matematika:mesin mekanik sangat baik dalam melakukan tugas yang sama berulangkali tanpa kesalahan; sedang matematik memerlukan repetisi sederhana dari suatu langkah-langkah tertentu. Masalah tersebut kemudian berkembang hingga menempatkan mesin mekanik sebagai alat untuk menjawab keperluan mekanik. Usaha Babbage yang pertama untuk menjawab masalah ini muncul pada tahun 1822 ketika ia mengusulkan suatu mesin untuk melakukan pengiraan persamaan differensil. Mesin tersebut dinamakan Mesin Differensile. Dengan menggunakan tenaga wap, mesin tersebut dapat menyimpan program dan dapat mencetak hasilnya secara automatik.
Setelah bekerja dengan Mesin Differensial selama sepuluh tahun, Babbage menginspirasikan untuk memulakan membuat komputer general-purpose yang pertama, yang disebut Analytical Engine. Asisten Babbage, Augusta Ada King (1815-1842) memiliki peranan penting dalam pembuatan mesin ini. Ia membantu merevisi rencana, mencari pendanaan dari pemerintah Inggeris, dan berkomunikasi melalui spesifikasi Anlytical Engine kepada umum. Selain itu, pemahaman Augusta yang baik tentang mesin ini memungkinkannya membuat instraksi untuk dimasukkan ke dalam mesin dan menjadikannya sebagai programmer wanita yang pertama. Pada tahun 1980, Departemen Pertahanan Amerika Serikat menamakan sebuah bahasa pemrograman dengan nama ADA sebagai penghormatan kepadanya.
Pada 1889, Herman Hollerith (1860-1929) juga menerapkan prinsip untuk melakukan perkiraan. Tugas pertamanya adalah mencari cara yang lebih cepat untuk melakukan perkiraan bagi Biro Sensus Amerika Serikat. Sensus sebelumnya yang dilakukan di tahun 1880 memerlukan waktu tujuh tahun untuk menyelesaikan perkiraan. Melalui perkembangan ini, Biro tersebut mengandaikan bahawa memerlukan waktu sepuluh tahun untuk menyelesaikan perkiraan sensus.
Pada masa berikutnya, beberapa pengkaji telah menemui penemuan baru yang lain. Vannevar Bush (1890-1974) membuat sebuah kalkulator untuk menyelesaikan persamaan differensial di tahun 1931. Mesin tersebut dapat menyelesaikan persamaan differensial kompleks yang selama ini dianggap rumit oleh kalangan para akademik. Mesin tersebut sangat besar dan berat kerana ratusan gerigi dan poros yang diperlukan untuk melakukan perkiraan. Pada tahun 1903, John V. Atanasoff dan Clifford Berry cuba membuat komputer elektrik yang menerapkan aljabar Boolean pada arus elektrik. Pendekatan ini berdasarkan pada hasil kerja George Boole (1815-1864) berupa sistem biner aljabar, yang menyatakan bahawa setiap persamaan matematik dapat dinyatakan sebagai benar atau salah. Dengan mengaplikasikan kondisi benar-salah ke dalam arus elektrik dalam bentuk terhubung-terputus, Atanasoff dan Berry membuat komputer elektrik pertama di tahun 1940. Namun projek mereka terhenti kerana kehilangan sumber kewangan.
Setelah tahun 1940
Perkembangan komputer setelah tahun 1940 dibahagi kepada 5 generasi.
1. Komputer generasi pertama ( 1940-1959 ). Komputer generasi pertama ini menggunakan tabung vakum untuk memproses dan menyimpan data. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar, oleh kerana itu beribu-ribu tabung vakum diperlukan untuk menjalankan operasi keseluruhan komputer. Ia juga memerlukan banyak tenaga elektrik yang menyebabkan gangguan elektrik di kawasan sekitarnya
Komputer generasi pertama ini 100% elektronik dan membantu para ahli dalam menyelesaikan masalah perhitungan dengan cepat dan tepat. 
Beberapa komputer generasi pertama :
a. ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator ) dirancang oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946.
Komputer generasi ini sudah mulai menyimpan data yang dikenal sebagai konsep penyimpanan data (stored program concept) yang dikemukakan oleh John Von Neuman.
b. EDVAC Computer (Electronic Discrete Variable Automatic Computer)
Penggunaan tabung vakum juga telah dikurangkan di dalam perancangan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) di mana proses perhitungan menjadi lebih cepat dibandingkan ENIAC.
c. EDSAC COMPUTER (Electonic Delay Storage Automatic Calculator)
EDSAC (Electonic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan penggunaan raksa (merkuri) dalam tabung untuk menyimpan data.
d. UNIVAC 1 Computer
Pada tahun 1951 Dr Mauchly dan Eckert menciptakan UNIVAC 1 (Universal Automatic Calculator ) komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perdagangan.
2. Komputer generasi kedua ( 1959 -1964 ) Pada tahun 1948, penemuan transistor sangat mempengaruhi perkembangan komputer. Transistor menggantikan tabung vakum di televisi, radio, dan komputer. Akibatnya, ukuran mesin-mesin elektrik kurang drastik. Transistor mulai digunakan di dalam komputer mulai pada tahun 1956. Penemuan lain yang berupa perkembangan memori inti-magnetik membantu perkembangan komputer generasi kedua yang lebih kecil, lebih cepat, lebih dapat diandalkan, dan lebih jimat tenaga. Mesin pertama yang memanfaatkan teknologi baru ini adalah superkomputer. IBM membuat superkomputer bernama Stretch, dan Sprery-Rand membuat komputer bernama LARC. Komputer-komputer ini, yang dikembangkan untuk laboratorium energi atom, dapat menangani data dalam jumlah yang besar. Mesin tersebut sangat mahal dan cenderung terlalu kompleks untuk keperluan perniagaan komputer, sehingga membatasi namanya. Hanya ada dua LARC yang pernah dipasang dan digunakan: satu di Lawrence Radiation Labs di Livermore, California, dan yang lainnya di US Navy Research and Development Center di Washington D.C. Komputer generasi kedua menggantikan bahasa mesin dengan bahasa assembly. Bahasa assembly adalah bahasa yang menggunakan singkatan-singakatan untuk menggantikan kode biner. Pada awal 1960-an, kemunculan komputer generasi kedua yang berjaya dalam bidang perniagaan, di universiti, dan dalam pemerintahan. Komputer-komputer generasi kedua ini merupakan komputer yang sepenuhnya menggunakan transistor. Mereka juga memiliki komponen-komponen yang dapat diasosiasikan dengan komputer seperti printer, penyimpanan dalam disket, memori, sistem operasi, dan program.
Salah satu contoh penting komputer pada masa ini adalah IBM 1401 yang diterima secara meluas di kalangan industri. Pada tahun 1965, hampir keseluruhan perniagaan besar menggunakan komputer generasi kedua untuk memproses informasi kewangan. Program yang tersimpan di dalam komputer dan bahasa pemprograman yang ada di dalamnya memberikan fleksibiliti kepada komputer. Fleksibiliti ini meningkatkan kerja dengan harga yang pantas bagi penggunaan perniagaan. Dengan konsep ini, komputer dapat mencetak faktor pembelian konsumen dan kemudian menjalankan rekaan produk atau perkiraan daftar gaji.
Beberapa bahasa pemprograman mula muncul pada saat itu. Bahasa pemprograman Common Business-Oriented Language (COBOL) dan Formula Translator (FORTRAN) mulai digunakan secara umum. Bahasa pemprograman ini menggantikan kode mesin yang rumit dengan kata-kata, kalimat, dan formula matematik yang lebih mudah supaya mudah difahami. Hal ini memudahkan seseorang untuk memprogram dan mengatur komputer. Berbagai-bagai karier muncul seperti programmer, penganalisis, dan ahli sistem komputer. Industri peranti lunak juga mulai muncul dan berkembang pada masa komputer generasi kedua ini. 
3. Komputer generasi ketiga (1964 - awal 80an)
Walaupun transistor digunakan dalam tube vakum, namun transistor menghasilkan panas yang cukup besar, yang dapat berpotensi untuk merosakkan bahagian-bahagian dalaman komputer. Batu kuarsa (quartz rock) menghilangkan masalah ini. Jack Kilby di Texas Instrument, mengembangkan arus terintegrasi (IC : integrated circuit) di tahun 1958''''. IC mengkombinasikan tiga komponen elektronik dalam sebuah piringan silikon kecil yang terbuat dari pasir kuarsa. Pada ilmuwan kemudian berhasil memasukkan lebih banyak komponen-komponen ke dalam suatu chip tunggal yang disebut semikonduktor. Hasilnya, komputer menjadi semakin kecil karena komponen-komponen dapat dipadatkan dalam chip. Kemajuan komputer generasi ketiga lainnya adalah penggunaan sistem operasi (operating system) yang memungkinkan mesin untuk menjalankan berbagai program yang berbeda secara serentak dengan sebuah program utama yang memonitor dan mengkoordinasi memori komputer.
4. Komputer generasi keempat ( awal 80an - ??? ) Setelah IC, tujuan perkembangan menjadi lebih jelas: mengecilkan ukuran aliran dan komponen-komponen elektrik. Large Scale Integration (LSI) dapat memuatkan ratusan komponen dalam sebuah cip. Pada tahun 1980-an, Very Large Scale Integration (VLSI) memuatkan ribuan komponen dalam sebuah cip tunggal.

Ultra-Large Scale Integration (ULSI) meningkatkan jumlah tersebut menjadi jutaan. Kemampuan untuk memasang banyak komponen dalam suatu keping yang berukuran kurang setengah keping wang logam mendorong turunnya harga dan bentuk komputer. Hal tersebut juga meningkatkan daya kerja dan kecekapan komputer. Cip Intel 4004 yang dibuat pada tahun 1971 membawa kemajuan pada IC dengan meletakkan seluruh komponen dari sebuah komputer (central processing unit, memori, dan kendali input/output) dalam sebuah cip yang sangat kecil. Sebelumnya, IC dicipta untuk membuat suatu tugas tertentu yang spesifik. Sekarang, sebuah mikroprosesor dapat dilaksanakan dan kemudian diprogram untuk memenuhi keseluruhan keperluan yang diinginkan. Tidak lama kemudian, setiap rumah memiliki microwave oven, televisyen, dan telefon dengan electronic fuel injection dilengkapi dengan mikroprosesor.
Perkembangan yang demikian memungkinkan orang-orang biasa untuk menggunakan komputer biasa. Komputer tidak lagi menjadi dominasi perniagaan besar. Pada pertengahan tahun 1970-an, perakit komputer menawarkan produk komputer mereka ke masyarakat umum. Komputer-komputer ini, yang disebut minikomputer, dijual dengan paket peranti lunak yang mudah digunakan oleh kalangan awam. Peranti lunak yang paling terkenal pada saat itu adalah program word processing dan spreadsheet. Pada awal 1980-an, video game seperti Atari 2600 menarik perhatian pengguna pada komputer rumahan yang lebih canggih dan dapat diprogram. Pada tahun 1981, IBM memperkenalkan penggunaan Personal Computer (PC) untuk penggunaan di rumah, pejabat, dan sekolah. Jumlah PC yang digunakan melonjak dari 2 juta unit di tahun 1981 menjadi 55 juta unit di tahun 1982. Sepuluh tahun kemudian, 65 juta PC digunakan. Komputer melanjutkan evolusinya menuju ukuran yang lebih kecil, dari komputer yang berada di atas meja (desktop computer) menjadi komputer yang dapat dimasukkan ke dalam tas (laptop), atau bahkan komputer yang dapat digenggam (palmtop). IBM PC bersaing dengan Apple Macintosh dalam pasaran komputer. Apple Macintosh menjadi terkenal kerana memperkenalkan sistem grafik pada komputernya, sementara saingannya masih menggunakan komputer yang berasakan teks. Macintosh juga mempopularkan penggunaan peranti tetikus. Pada masa sekarang, kita mengenal perjalanan IBM compatible dengan pemakaian CPU: IBM PC/486, Pentium, Pentium II, Pentium III, Pentium IV (Serial dari CPU buatan Intel). Juga kita kenal AMD k6, Athlon, dsb. Ini semua termasuk dalam golongan komputer generasi keempat.
Seiring dengan penggunaan komputer di tempat kerja, cara-cara baru untuk mengetahui potensi terus dikembangkan. Seiring dengan bertambah kuatnya suatu komputer kecil, komputer-komputer tersebut dapat dihubungkan secara bersamaan dalam suatu jaringan untuk saling berbagi memori, peranti suara, informasi, dan juga untuk dapat saling berkomunikasi satu dengan yang lainnya. Komputer jaringan memungkinkan komputer tunggal untuk membentuk kerjasama elektronik untuk menyelesaikan suatu proses tugas. Dengan menggunakan perkabelan langsung (disebut juga local area network, LAN), atau kabel telefon, jaringan ini dapat berkembang menjadi sangat besar.
5. Komputer generasi kelima (masa depan). Banyak kemajuan di bidang rekaan komputer dan teknologi semakin meningkatkan pembuatan komputer generasi kelima. Dua kemajuan rekayasa yang terutama adalah kemampuan pemprosesan parallel, yang akan menggantikan model non Neumann. Model non Neumann akan digantikan dengan sistem yang mampu mengkoordinasikan CPU yang banyak untuk bekerja secara serentak. Kemajuan lain adalah teknologi superkonduktor yang memungkinkan aliran elektrik tanpa ada ikatan apapun, yang dapat mempercepatkan informasi. Jepun adalah negara yang terkenal dalam sosialisasi jargon dan projek komputer generasi kelima. Lembaga ICOT (Institute for new Computer Technology) juga dibentuk untuk merealisasikannya. Ada maklumat yang menyatakan bahawa projek ini telah gagal, namun beberapa maklumat lain mengatakan keberhasilan projek komputer generasi kelima ini akan membawa perubahan baru anjakan paradigma di dunia.

<kujo fenz>

Sunday 13 November 2011

utk warga alphavillageboy,,,,,,,









APPLE KOMPUTER


Apple Computer, Inc. (NASDAQ: AAPL) adalah sebuah syarikat di Lembah Silikon, Cupertino, California, di mana perniagaan asas syarikat ini adalah berasaskan teknologi komputer. Apple adalah salah satu syarikat pengasas revolusi komputer peribadi pada tahun 70-an dengan keluaran Apple II dan telah memberi kesan yang besar kepada pasaran komputer peribadi sejak era 80-an dengan model Macintosh. Apple dikenali dengan innovasi perisian dan perkakasan seperti iMac, pemain muzik digital iPod dan juga kedai muzik iTunes.

Sebelum Penubuhan
Sebelum menubuhkan Apple, Steve Wozniak adalah seorang pakar dalam mengubahsuai alatan elektronik. Pada tahun 1975 beliau telah bekerja di Hewlett-Packard dan menolong kawannya Steve Jobs merekabentuk permainan video untuk Atari. Wozniak telah membeli komputer masa pada beberapa jenis komputer mini yang dimilik Call Computer, sebuah syarikat perkongsian masa milik Alex Kamradt. Terminal komputer pada waktu itu adalah berdasarkan kertas; Percetakan terma seperti Texas Instruments Silent 700 dianggap sangat maju pada masa itu. Pada tahun 1975, berdasarkan majalah Popular Electronics, beliau merekabentuk Computer Conversor menggunakan komponen yang dibeli di kedai. Computer Conversor boleh mengawal komputer mini di Call Computer. Alex Kamradt mendapat komisen atas rekabentuk dan menjual sebilang kecil darinya melalui syarikatnya.

Pada tahun 1975, Wozniak mula menghadiri mesyuarat Homebrew Computer Club. Komputer mikro baru seperti Altair 8800 dan IMSAI telah memberi inspirasi kepada beliau untuk memasukkan prosesor mikro ke dalam pita video teletype untuk menghasilkan komputer yang lengkap.

Pada masa itu hanya terdapat dua jenis CPU komputer mikro iaitu Intel 8080 ($179), dan Motorola 6800 ($170). Wozniak lebih berminat terhadap 6800, tetapi kedua-duanya terlalu mahal. Maka dia memerhati, dan belajar, dan melukis komputer atas kertas, sambil menunggu masa apabila dia mempunyai wang yang cukup.

Sejarah Awal

Logo Apple ComputerSteve Jobs dan Steve Wozniak adalah rakan yang rapat sejak 1971, bila pada masa itu Bill Fernandez memperkenalkan Wozniak pada masa itu berumur 21 tahun kepada Jobs pada masa itu berumur 16 tahun. Jobs berjaya mengajak Wozniak memasang mesin komputer dan menjualnya.

Apple III and Lisa

Apple IIISemasa 1980-an Apple mendapat persaingan dalam bidang perniagaan komputer peribadi. IBM merupakan pesaing terbesar. Model IBM PC, menggunakan DOS milik Microsoft mendapat sambutan besar dan mula menjadi komputer meja di banyak syarikat besar.


Peralatan yang sedang dihasilkan Apple
Komputer

Consumer Sub-Desktop Computer - Mac mini - Comes in three models. BYODKM (Bring your own display, keyboard, and mouse). [1]
Consumer Desktop Computer - iMac - Currently the iMac G5 with 17" and 20" models [2]
Consumer Portable Computer - iBook - Currently the iBook G4 with 12" and 14" models [3]
Pro Desktop Computer - Power Mac G5 - Comes in three models [4]
Pro Portable Computer - PowerBook G4 - Comes in 12", 15" and 17" models [5]
Education Desktop Computer - eMac - Also sold to regular consumers and government employees [6]
Servers - Xserve - Single Processor, Dual Processor, and Cluster Node [7]
Server Storage Options - Xserve RAID [8]
Pemain muzik digital iPod

iPod (color screen) - Holds up to 5,000 Songs (20,000 photos) or 15,000 songs (25,000 photos) in 2 models (20 & 60 GB). [9]
iPod U2 Edition (color screen) - Holds up to 5,000 songs (20,000 photos) in a single 20GB model with a black and red design and U2 band members' signatures engraved on the back. [10]
iPod mini - Holds up to 1,000 or 1,500 songs in 2 models (4 & 6 GB) and 4 colors (silver, green, pink, blue) [11]
iPod shuffle - Holds up to 120 or 240 songs in 2 models (512 MB & 1 GB) [12]
Aksesori kamputer

Video Conferencing Camera - iSight [13]
Wireless Networking Products - AirPort Extreme Base Station [14] & AirPort Express [15]
Computer Displays - Apple Cinema HD Display & Apple Displays [16]
Computer mouse - Mighty Mouse [17]
See also: List of Macintosh models grouped by CPU


                                                                                                <kuj0 fenZ>